Pages


Wednesday, October 20, 2010

Johor FC terjejas

PERSIAPAN jurulatih Johor FC, Azuan Zain untuk meletakkan anak buahnya dalam keadaan bersedia tampak sedikit terjejas selepas tiga tonggaknya cedera dan belum pasti dapat diturunkan apabila berdepan juara bertahan Negeri Sembilan dalam separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam esok.

Eddy Helmi Manan, Mohd Khairul Ismail dan Mohd Rashid Mohd Aya hanya memerhati rakan-rakan lain menjalani latihan semalam selepas cedera ketika suku akhir kedua menentang Pahang di Kuantan, Sabtu lalu.


Dengan rekod empat pertemuan Johor FC-Negeri Sembilan dalam Liga Super dan Piala FA memihak skuad Wan Jamak Wan Hassan yang menang dua kali dan seri dua kali, Azuan berlawan dengan masa untuk membentuk barisan mantap
“Dalam saingan Piala FA, Negeri Sembilan menyingkirkan Johor FC dengan agregat 7-5 dan walaupun ketika itu saya tidak membimbing Johor FC, saya terasa tempiasnya.

“Apa yang perlu saya lakukan ialah mencari jalan menguatkan semua posisi kerana penjana tengah Mohd Khairul mengalami kecederaan agak teruk, begitu juga penyerang Eddy Helmi. Oleh itu, saya tiada pilihan kecuali menggunakan pemain simpanan.

“Mungkin saya menurunkan M Sivakumar di bahagian tengah selain Mohd Ezaidy Khadar dan Wan Rohaimi Ismail bagi mengisi kekosongan itu,” katanya.

Azuan menegaskan skuadnya tidak akan turun hanya untuk mencari keputusan seri, sebaliknya tampil dengan persembahan biasa berorientasikan serangan kerana sedar juara bertahan dan juara Piala FA itu, memiliki banyak kelebihan di gelanggang sendiri.

sumber: Berita Harian

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails