Pages


Wednesday, October 6, 2010

Persatuan Bolasepak Filipina (PFF) hadapi konflik dalaman

Menurut Presiden Pesatuan Bolasepak Cebu (CFA), Richard Montayre, Persatuan Bolasepak Filipina (PFF) akan mendapat Presiden baru menjelang bulan depan. Ini kerana, satu pemilihan akan dibuat oleh mereka untuk memberikan mandat pada orang yang lebih layak untuk kerusi Presiden tersebut. Jose Mari Martinez, Presiden ketika ini dikatakan telah menyalahguna kewangan selama berkuasa sejak 2007.

Pada 25 Sept lalu, sebanyak 12 persatuan bolasepak telah meminta Martinez meletakkan jawatan setelah gagal menjelaskan ke mana wang persatuan itu telah pergi tanpa kelulusan mereka. Mereka bakal mendakwa Martinez di atas kesalahan pecah kontrak. Tetapi sekiranya Martinez sedia melepaskan jawatan secara baik, mereka  bersedia untuk tidak akan membawa kes ini lebih jauh. 

Diberitakan, setelah pertukaran Presiden berlaku bulan depan, banyak perubahan bakal dilakukan, kebanyakkannya perubahan yang tidak dilakukan semenjak Martinez mengambil alih kerusi Presiden.

-keypadlock-

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails