Pages


Wednesday, October 20, 2010

Waspada hadapi 'angin selatan'

KEBANGKITAN Johor FC dalam saingan Piala Malaysia musim ini membuatkan Wan Jamak Wan Hassan mengambil pendekatan lebih berwaspada dalam mengatur strategi menjelang pertemuan separuh akhir pertama di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam esok.

Bagi pengendali Negeri Sembilan itu, Johor FC bimbingan Azuan Zain memiliki kekuatan tersendiri, selain cukup pengalaman selepas sekian lama bersaing dalam kancah Liga Malaysia hingga muncul pasukan bertaraf kelab tunggal yang bertahan sehingga ke peringkat ini.  


Justeru, dia terpaksa menyusun strategi paling tepat dengan membariskan pemain berwibawa dan berpengalaman untuk memastikan setiap gerakan memberi hasil memuaskan.

“Kebangkitan Johor FC musim ini membuktikan mereka mantap dan tidak boleh dipandang rendah dan saya sudah mengingatkan pemain supaya berhati-hati Rabu ini (esok) kerana menjangkakan ia bakal menjadi satu perlawanan yang sengit dan sukar.

“Saya berharap pemain tidak melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan jentera pasukan, sebaliknya fokus 100 peratus untuk mencari kemenangan dan bekalan selesa menjelang timbal balik kedua di gelanggang lawan nanti,” katanya semalam.

Wan Jamak mengakui, dia tidak akan membuat banyak perubahan dalam kesebelasan utama juara bertahan dan juara Piala FA itu, kecuali mencari pengganti Idris Karim yang digantung dan Mohd Zaquan Adha Abd Radzak yang masih menjalani pemulihan selepas pembedahan lutut.
“Saya belum membuat keputusan lagi dan mempunyai tempoh dua hari ini untuk menilai pemain tetapi tetapi sudah tentu, hanya pemain terbaik akan diturunkan kerana pentas separuh akhir ini lebih mencabar dan sengit.

“Apa yang saya harapkan, pemain terus bekerja keras dan bermain pada tahap keupayaan sebenar, selain bijak memanfaatkan peluang jaringan. Negeri Sembilan perlu menang di halaman sendiri bagi memudahkan laluan ke peringkat akhir,” katanya.

sumber: Berita Harian

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails