Pages


Thursday, October 14, 2010

PSSI sedang jemput 7 pasukan antarabangsa

Setelah membuktikan mereka mampu membawa pasukan besar untuk menentang pasukan Indonesia, PSSI sekali lagi mengorak langkah dengan mengatur 7 lagi perlawanan menentang pasukan-pasukan besar statusnya berbanding Indonesia. Antara yang disebut oleh PSSI ialah Hong Kong, China, Korea Utara, Ivory Coast dan juga Paraguay. 


PSSI sudah menyiapkan jadual awal untuk perlawanan di Indonesia iaitu, samaada Ivory Coast atau Korea Utara pada 11 November dan Paraguay pada 17 November. Indonesia sebenarnya sedang membuat persiapan untuk Piala AFF hujung tahun ini. Langkah mereka mengundang pasukan-pasukan antarabangsa adalah untuk menguatkan pasukan mereka.

"Saya pikir kita harus lebih banyak memberikan pasukan nasional kita lawan dengan pasukan-pasukan berkelas untuk meningkatkan tahap kemampuan mereka baik secara individu mahu pun pasukan," ujar Iman Arif, ketua Badan Tim Nasional (BTN) Indonesia. 

sumber: 12paz

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails