Pages


Sunday, October 31, 2010

Perkembangan Harimau Muda di Slovakia


Harimau Muda 2-0 Puchov

Rentak kemenanangan terus dicipta oleh Pasukan Harimau Muda A pada kem latihan di Slovakia ini apabila menewaskan FK Puchov 2-0 petang tadi. Sebelum perlawanan bermula kedua-dua pasukan telah bertafakur selama satu minit bagi menghormati kematian bapa kepada Gurusamy yang meninggal dunia akibat serangan jantung.

Setelah wisel permulaan dibunyikan Harimau Muda mengimbangi permainan dengan gerakan-gerakan yang teratur, dimana barisan tengah pasukan yang di ketuai oleh Mohd Affizie Faizal yang kembali semula ke kem latihan, selain dibantu oleh Mohd Irfan Fazail dan Mohd Shukor Jusoh telah mendominasi bahagian tersebut dengan hantaran-hantaran kemas ke barisan serangan.

Tidak menunggu lama,Harimau Muda mendahalui pada minit ke-21 apabila hantaran daripada Mohd Shukor Jusoh berjaya disudahkan oleh Syahrul Azwari Ibrahim setelah mengelecek seorang pertahanan lawan sebelum merembat deras bagi menewaskan penjaga gol lawan. Pemain muda berusia 17 yang berasal dari Kelantan ini memang menjadi duri dalam daging bagi pasukan lawan dengan larian-larian mengelirukan. Beliau sekali lagi mendapat peluang keemasan pada minit ke-33 tetapi rembatannya dapat di selamatkan penjaga gol.

Cuaca sejuk sebelah petang tidak menghalang barisan muda ini meneruskan permainan cemerlang pada babak kedua. Harimau Muda terus memimpin permainan dengan jaringan kedua pada minit ke-54 apabila Wan Zack Haikal menyudahkan sepakan penalti apabila Nazirul Naim Che Hashim dibentes pertahanan lawan dalam kotak penalti.

Harimau Muda membuat dua pertukaran, Mohd Amer Saidin dan Syahrul Azwari dikeluarkan kerana kecederaan dan diganti oleh Mohd Nazri dan Ferris Danial pada minit ke 75 dan 82 selain memasukan penjaga gol muda yang juga berusia 17 tahun Mohd Farhan Abu Bakar bagi mengantikan Izham Tarmizi.

Hanya berbaki dua perlawanan bagi menamatkan siri kem latihan di Slovakia bertemu Rimavska Sobota pada 02 Nov ini di gelanggang lawan dan Trencin pada 9 Nov.  

sumber: Harimau Muda

Terkini setelah 10 perlawanan

5 Sept - vs Ruzemberok (1-3)
07 Sept - vs Petrzalka (2-2)
14 Sept - vs Slovan Duslo Sala (1-2)
20 Sept - Bodva Moldava (1-1)
28 Sept - Liptovsky Mikulas (1-1)
6 Okt - Zemplin Michalovce (0-2) 
9 Okt - Dolny Kubin (0-1)
12 Oct - Senec (1-3)
19 Oct - Lucenec (3-1)
26 Okt - Puchov (2-0)

Penjaring setakat ini

Izzaq Faris Ramlan (2 gol)
Gary Steven Robbat (1 gol)
Wan Zaharul Nizam (3 gol)
S Sivanesan (1 gol)
Wan Zack Haikal (2 gol)
Syahrul Azwari (2 gol)
Abdul Shukor Jusoh (1 gol)
Perlawanan selepas ini
2 Nov - Rimavska Sobota
9 Nov - vs Trencin

-keypadlock-

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails