Pages


Tuesday, October 5, 2010

FAM belum putuskan guna pemain import

BELUM ada kepastian sebenarnya sama ada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2012 akan kembali diwarnai dengan kehadiran semula pemain import atau sebaliknya.

Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bermesyuarat buat kali kedua semalam sepakat untuk meneliti dan membuat kajian lebih mendalam terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.


Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mempengerusikan mesyuarat tersebut berkata, keputusan muktamad berhubung pengambilan semula pemain import bagi musim 2012 hanya akan dibuat tahun depan.

“Isu import ini kita akan putuskan semula tahun depan kerana terdapat perkara baru yang perlu dikaji dan kita berpendapat isu tunggakan caruman KWSP pemain perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“FAM memang berusaha menaikkan semula mutu liga dan pasukan bertanding tetapi bukan hanya dengan pengambilan semula pemain import secara terburu-buru. Kita perlu betulkan dulu struktur liga dan pasukan.

“Kita tak mahu pisang berbuah dua kali. Kita mahu mulakan Liga M 2012 dengan lebih tersusun supaya ia benar-benar membawa bola sepak negara ke mercu kejayaan,” katanya pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Sementara itu, saingan Liga M 2011 yang akan bermula 1 Januari depan untuk musim ketiga tanpa pemain import, bakal menyaksikan dua opsyen sama ada 14 atau 16 pasukan bertanding bagi Liga Super.

Bagi menjadikannya 16 pasukan, ia merangkumi 12 pasukan teratas Liga Super musim ini, dua pasukan teratas Liga Perdana (Felda United dan Sabah), skuad bawah 21 tahun negara (Harimau Muda A) dan satu pasukan yang akan dipilih menerusi perlawanan playoff.

Namun, jika salah satu dari- pada 14 pasukan yang sudah layak secara automatik itu mena- rik diri sebaik tarikh tutup pendaftaran pasukan pada 1 November depan, FAM memutuskan untuk tidak mengadakan perlawanan playoff, sebaliknya Harimau Muda A akan diambil menjadi pasukan ke-14 untuk bersaing dalam saingan Liga Super 2011.

sumber: Kosmo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails