Pages


Saturday, October 16, 2010

Johor FC tak rela 'dijerat' Pahang

ANDAI tersalah langkah, tidak mustahil Johor FC akan rebah menjelang pusingan kedua suku akhir Piala Malaysia menentang Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.

Walaupun mempunyai kelebihan agregat satu gol hasil jaringan tunggal Khairi Kiman pada aksi pertama di Stadium Jcorp Pasir Gudang sebelum ini, skuad Tok Gajah sudah pastinya mempunyai seribu satu macam helah bagi memastikan Sang Lebah terjerat, sekali gus menyaksikan mereka berputih mata untuk melangkah ke separuh akhir.


Apa pun, aksi bertenaga dan konsisten skuad Oren pada 90 minit terakhir itu pastinya ditagih jurulatih Johor FC, Azuan Zain yang tidak mahu anak-anak buahnya terlampau mendabik dada dengan kelebihan satu gol.

“Belajar daripada kesilapan. Pada aksi suku akhir pertama di Pasir Gudang sebelum ini, kita terlampau banyak memberikan ruang kepada pemain lawan melakukan asakan bertubi-tubi dan berbahaya di dalam kotak penalti.

“Kita tak mahu fikir seri sudah memadai, jadi kita akan berjuang habis-habisan untuk menang (malam ini) supaya misi ke separuh akhir Piala Malaysia tertunai.

“Namun pada masa sama, saya menasihatkan setiap pemain supaya jangan sese- kali alpa walaupun cuma sesaat dalam perlawanan itu,” katanya kepada Kosmo!

Menurut Azuan, formasi 5-3-2 yang diterapkan dalam pasukan baru-baru ini juga mula membuahkan hasil yang baik untuk memerangkap anak-anak buah Dollah Salleh yang pastinya begitu garang beraksi di laman sendiri.

Ketumpulan jentera penyudah Johor FC yang diketuai oleh Eddy Helmi Manan dan Mohd. Rashid Aya sebelum ini juga, katanya, bakal berubah dengan keha- diran semula Nurul Azuan Roya yang sebelum ini digantung permainan.

Ketiadaan Wan Rohaimi Wan Ismail dan Mohd. Ridu- wan Maon yang cedera, kata Azuan, juga memberi peluang kepada pemain-pemain lain untuk memadam cabaran Tok Gajah.

“Saya percaya kepada pemain saya, penyokong Sang Lebah juga percaya kepada mereka.

“Mereka (pemain) sudah pasti tahu apa yang patut mereka buat dalam perlawanan esok (malam ini),” katanya bersemangat.

sumber: Kosmo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails