Pages


Tuesday, October 12, 2010

Piala Malaysia: Suku Akhir 2010

Esok bermulalah saingan suku akhir pertama Piala Malaysia 2010. 4 perlawanan bakal berlangsung dan semuanya dengan semangat untuk meneruskan persaingan untuk merebut Piala Malaysia tahun ini. Saya melakukan sedikit prediction sebelum bermula saingan esok. Semua adalah pandangan peribadi penulis.

Negri Sembilan vs Perlis
Negri Sembilan memiliki peluang yang lebih baik berbanding Perlis dalam perlawanan ini. Dengan perlawanan di tempat sendiri, Negri Sembilan bakal menggunakannya dengan sebaiknya. Dengan rekod pernah menewaskan Kelantan dalam peringkat kumpulan sebelum ini, Negri Sembilan mungkin sukar ditandingi. 
Perlis pula memiliki rekod yang baik sepanjang pusingan kedua peringkat kumpulan dengan kemenangan-kemenangan besar sebelum tewas di tangan Selangor di perlawanan terakhir. Ini mungkin digunakan sebagai sumber kekuatan mereka untuk di bawa ke Paroi. 
Kemungkinan: Perlawanan ini bakal menyaksikan persaingan hebat. Negri Sembilan MENANG TIPIS 2-1.

Terengganu vs Kedah

Terengganu bermain di tempat sendiri, memiliki kekuatan tersendiri. Walaupun aksi mereka agak hambar  dalam persaingan peringkat kumpulan, tetapi di saat akhir mereka berjaya menjuarai kumpulan mereka dengan kemenangan berharga mengatasi KL 2-1. Sukar untuk mengatakan peluang mereka setakat ini.
Kedah juga menghadapi masalah yang sama seperti Terengganu semasa di peringkat kumpulan. Perlawanan terakhir jugalah yang berjaya menyelamatkan Kedah untuk layak ke suku akhir. Tetapi kemenangan besar itu mungkin memberi kelebihan sedikit untuk Kedah berbanding Terengganu yang tenat semasa menentang KL.
Kemungkinan: Susah memilih antara kedua-duanya. Dengan Terengganu masih mencari rentak ketika ini, Kedah MENANG 2-0.

Johor FC vs Pahang

Johor FC adalah satu-satunya kelab yang masih meneruskan persaingan dalam Piala Malaysia 2010. Mempunyai rekod baik sepanjang persaingan kumpulan, Johor FC patut dipandang serius sebagai calon ke Final tahun ini. Kelebihan memang ada pada mereka.
Pahang pula mengejutkan banyak pihak untuk terus kekal dalam persaingan Piala Malaysia. Dengan rata-rata pemain muda, Pahang membuktikan sesuatu yang tidak pernah difikirkan umum. Kemenangan-kemenangan mengejut mereka membuatkan mereka layak ke suku akhir. 
Kemungkinan: Johor FC bukan saingan Pahang. Johor FC MENANG 3-1. 

Selangor vs Kelantan

Selangor cukup gah diperingkat kumpulan dengan menang kesemua perlawanan peringkat kumpulan. Cukup untuk membuktikan mereka calon wajib ke Final Piala Malaysia. Mereka juga layak dengan rekod gol yang cukup banyak berbanding pasukan lain iaitu 16 gol. 
Kelantan ialah antara pasukan yang beraksi kurang baik setakat ini, ketika dalam peringkat kumpulan. Tetapi mereka masih lagi antara calon utama untuk layak ke Final selain dari Selangor. Kemungkinan besar , kemenangan terakhir baru-baru ini membuktikan mereka ingin sangat memiliki Piala Malaysia tahun ini. 
Kemungkinan: Salah satu calon Final akan tumbang di pusingan dua. Perlawanan ini SERI 2-2.

-keypadlock-

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails