Pages


Friday, October 1, 2010

Filipina bersedia hadapi Piala AFF 2010

Filipina sudah bersiap sedia untuk menhadapi Kelayakkan Piala AFF yang melibatkan 4 negara termasuk Timor Leste, Laos dan Kemboja. Kelayakkan Piala AFF dijadualkan bermula pada 22 Oktober sehingga 29 Oktober 2010 dan dua pasukan terbaik akan layak menyertai Piala AFF 2010.

Dengan jurulatih baru dari England iaitu Simon McMenemy, Filipina telah dikatakan membuat persediaan yang mantap. 

"Kami bukan sahaja mahu ikut bertanding tetapi kami juga ingin memenanginya," tegas McMenemy. 

"Kami telah bersiap sedia untuk menebus semula maruah bolasepak Filipina," kata Dan Palami, pengurus pasukan Filipina.

Filipina dikatakan bakal dibarisi oleh lebih ramai lagi pemain dari luar negara seperti kejohanan sebelum ini. Kejohanan sebelum ini mereka hanya disertai oleh dua adik beradik dari pasukan simpanan Chelsea, Phillip dan James Younghusband yang berusia 20an ketika itu. 

Penjaga gol dari Fulham iaitu Neil Etheridge yang kini mempunyai 10 caps untuk Filipina, dikatakan tidak dapat menyertai pasukan ini disebabkan komitmen untuk kelabnya. Penyertaan beliau dalam pasukan Filipina sebenarnya atas keyakinan yang diberikan oleh Phillip Younghusband dan pengurus pasukan Filipina.

Senarai awal pemain yang bakal menyertai Kelayakkan Piala AFF 2010:

1. Robert James Gier ( Ascot United , England)
2. Jason Nicolas Maria De Jong (Veendam, Netherlands)
3. Manuel Ott (Ingolstadt 04, Germany)
4. Ian Araneta (Phil Air Force)
5. Yanti Barsales (Phil Air Force)
6. Eduard Sacapano (Phil Army)
7. Jerry Barbaso I (Global)
8. Kristopher John Relucio
9. Anton Del Rosario (Kaya)
10. Ruel Gener (Phil Army)
11. Mark Ferrer (Phil Air Force)
12. Peter Jaugan (Phil Air Force)
13. Reymark Palmes (Phil Air Foce)
14. Nestorio Margarse (Phil Army)
15. Michael Aubrey Atienza
16. Jose Alfe Caminos (Loyola)
17. Christopher Nicholas Camcam (Kaya)
18. Ray Anthony Jonsson (Grindavik, Iceland)
19. Joebel Bermejo (Phil Air Force)
20. Stephan Markus Shröck (Germany)
21. Gino Pavone (Bay Area Ambassador, USA)
22. Philip James Younghusband (ex Chelsea reserves)
23. James Joseph Younghusband (ex Chelsea reserves)
24. Chad Gould
25. Alexander Borromeo (Kaya)
26. Emelio Caligdong (Phil Air Force)

-keypadlock-

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails